Al-Quran Recitation
Monday, July 11, 2011
MESEJ PENTING UNTUK ANAKKU YANG TERSAYANG
Assalamualaikum apakhabar anakku yang tersayang, ayah doakan semoga kalian sihat walafiat sentiasa di lindungi oleh allah subhanahuwataala. Anakku.... belajarlah bersungguh-sungguh demi masa depan mu, sehingga kamu berjaya dan tercapai cita-cita. ayah dah tua dan tak ada harta untuk di tinggalkan kepada kamu semua. hanya ilmu dan amalan yang ada pada kamu, itulah harta ayah, sembahyang jangan tinggal sentiasa buat kebaikan dan amal jariah, setiasa mengujungi surau dan masjid, menjalinkan ukhwah dan mengiratkan silaturrahim sesama islam, tak kira tua atau muda miskin atau kaya ( tiada beza di sisi allah ) berdoa dan minta pertolongan kepada allah. jadi insan beraklak mulia, hormati kepada orang tua, dan tak menyakiti hati orang tua, bila ayah dah tak larat nanti kamulah tempat ayah bergantung hidup, seandainya ayah tiada lagi di dunia ini, jangan tinggalkan ibumu sendirian, dan jangan lupa selepas sembahyang memohon doa dan sedekahkan al-fatihah untuk ayah, hanya doa anak yang soleh dan solehah yang boleh meringankan seksaan di dalam kubur, ingat pesan ayah..... anakku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment